Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Objek tersangkut pada dahan pokok rupanya mayat warga emas

ByKhairil Zharif Affindie

JULAU, 1 SEPTEMBER : Persoalan mengenai objek yang kelihatan terapung dan tersangkut pada sebatang dahan pokok akhirnya terjawab apabila disahkan sebagai mayat warga emas yang dikhuatiri lemas sejak 30 Ogos lalu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor, Nicholas Belulin yang mengesahkan penemuan tersebut berkata si mati, Sulau Bilong, 78, telah ditemukan pada jam 8.20 pagi tadi di Nanga Enseluai, Lasi, Julau.  

Jelasnya, mayat ditemukan oleh pihak bomba dan penduduk kampung pada jarak satu kilometer dari jeti tempat perahu mangsa yang ditemukan kosong pada hari kejadian.

“Pasukan bomba telah dimaklumkan oleh penduduk rumah panjang yang mereka telah ternampak satu objek seakan-akan mangsa yang terapung dan tersangkut pada satu dahan pokok di tepi sungai.

“Semua penduduk terus menghampiri objek tersebut dan sememangnya tepat sangkaan mereka,” katanya ketika dihubungi TVS.

Semalam, (31 Ogos)  seorang lelaki warga emas telah dilaporkan hilang selepas disyaki terjatuh ke dalam sungai pada Ogos.

Dalam kejadian tersebut, mangsa dikatakan sedang menuju ke ke kebun di seberang rumah panjangnya sekitar jam 4.15 pada Isnin.

Kehilangan mangsa disedari anaknya yang membuat laporan kehilangan bapanya.

Nicholas menjelaskan bahawa kebun berkenaan berada di seberang rumah panjang mangsa yang perlu diseberangi menggunakan perahu melalui Sungai Julau.

“Mangsa disyaki terjatuh ke dalam sungai memandangkan terdapat serpihan dahan kayu reput di dalam perahu kosong tersebut yang ditemukan penduduk rumah panjang,” katanya lagi.

Pencarian operasi SAR ditamatkan pagi tadi dengan penemuan mayat mangsa.

Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak hospital untuk tindakan lanjut.

Ikuti TVS di TelegramFacebook, TwitterInstagramTikTok dan YouTube.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan