Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

SPRM lakukan risikan bagi kesan sindiket penyeludupan vape yang lain

ByBernama

KUALA LUMPUR, 1 Feb: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang giat menjalankan risikan bagi mengesan sekiranya terdapat sindiket lain yang melakukan penyeludupan rokok elektronik (vape).

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya yang tidak menolak kemungkinan wujudnya sindiket beroperasi di pintu masuk lain, berkata risikan dijalankan susulan kejayaan suruhanjaya itu menumpaskan sindiket penyeludupan vape di Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), baru-baru ini menerusi Ops Airways.

“Buat masa sekarang tiada tangkapan baharu. Walau bagaimanapun, terdapat pegawai kastam yang kini berada dalam radar pihak SPRM.

“Bahagian perisikan sedang giat menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti semua suspek yang terlibat,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Baru-baru ini, SPRM berjaya menumpaskan satu sindiket penyeludupan vape di Pusat Kargo KLIA,  selepas menahan 14 individu termasuk enam pegawai kastam kerana disyaki bersekongkol dalam kegiatan berkenaan.

Sindiket itu dibongkar menerusi Op Airways yang menyaksikan semua suspek lelaki berusia 20 hingga 60-an itu ditahan dalam serbuan di sekitar KLIA dan Putrajaya, mengakibatkan negara mengalami kerugian dari segi kutipan cukai yang dianggarkan RM8 juta.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan