Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas (tengah) berkata pihak kerajaan sedang giat melakukan penilaian namun anggaran angka masih belum dapat ditentukan. Foto: Izzah Kamilah (TVS)

Banjir: Nilai kerosakan infrastruktur sedang dikaji – Uggah

ByIzzah Kamilah Yunus

SERIAN, 1 Feb: Nilai kerosakan infrastruktur akibat bencana banjir kini sedang dikenal pasti, kata Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Menurut beliau kerajaan kini giat membuat penilaian namun anggaran angka masih belum dapat ditentukan.

“Kami tidak mempunyai anggaran angka buat masa ini tetapi, kami akan mengumpul data tersebut pada esok.

“Kami telah mengarahkan semua penduduk untuk menghantar laporan kerosakan agar penilaian dapat dilakukan,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Ranchan di sini, hari ini.

Mengulas mengenai keadaan jalan raya, beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata Jabatan Kerja Raya (JKR) kini giat membaiki jalan raya yang rosak.

“Di Serian terdapat 20 jalan yang rosak dan kita telah mengarahkan JKR untuk memperbaiki agar tidak mengganggu komunikasi penduduk,” katanya lagi.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Semuja, John Ilus, Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato Mancha Ata dan Residen Bahagian Serian Caroline Cleophas Joseph.

Seterusnya, Uggah turut melakukan lawatan di PPS Balai Ringin dan diiringi oleh ADUN Balai Ringin, Datuk Snowdan Lawan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan