Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan semasa meninjau lokasi kejadian tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit. Foto TVS

Tanah runtuh Miri: Awang Tengah tinjau lokasi, salur sumbangan kepada mangsa

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

MIRI, 31 Jan : Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan pagi tadi melakukan tinjauan di lokasi kejadian tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit, di sini yang mengorbankan lima sekeluarga pada 29 Januari lalu.

Dalam lawatan itu, beliau turut menyampaikan sumbangan kepada 12 mangsa tragedi itu sebagai tanda keprihatinan serta sokongan kepada mangsa dan keluarga mereka.

Menurut satu kenyataan hari ini, Awang Tengah seterusnya melawat mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bekenu di sini.

“Beliau turut menyampaikan sumbangan kepada mereka sebagai bantuan segera,” menurut kenyataan itu.

Turut hadir, Ahli Parlimen Sibuti, Lukanisman Awang Sauni, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir, Datuk Ripin Lamat, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Datu Dr Mohammad Abdullah Zaidel, Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Awangku Jinal Pengiran Jawa, dan Timbalan Residen Miri, Bujang Rahman Sebli. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan