Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Ketua Polis Daerah Alor Gajah DSP Azrul Mohamed berkata dalam kejadian pada 2.24 pagi itu, kereta dipandu mangsa Manisya Azlin Ishak, 25, dipercayai hilang kawalan dan bertembung dengan lori tentera di laluan bertentangan. Foto IPD Alor Gajah

Wanita maut kereta bertembung lori tentera di Masjid Tanah

ByBernama

ALOR GAJAH, 31 Jan: Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya bertembung dengan lori tentera dalam kemalangan di Kem 96 Pangkalan Peluru, Masjid Tanah di sini awal pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Alor Gajah DSP Azrul Mohamed berkata dalam kejadian pada 2.24 pagi itu, kereta dipandu mangsa Manisya Azlin Ishak, 25, dipercayai hilang kawalan dan bertembung dengan lori tentera di laluan bertentangan.

“Akibat perlanggaran tersebut, mangsa yang bekerja sebagai operator pusat panggilan syarikat telekomunikasi itu tersepit di dalam kenderaan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Azrul berkata pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Alor Gajah membantu mengeluarkan mangsa sebelum mayatnya dihantar ke Unit Forensik Hospital Alor Gajah untuk bedah siasat.

Beliau berkata pemandu lori tentera yang patah tangan telah dihantar ke hospital untuk dirawat manakala empat anggota tentera lain yang berada dalam lori itu tidak mengalami kecederaan.

Katanya kenderaan yang terlibat dalam nahas itu akan dihantar ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) bagi pemeriksaan teknikal dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan