Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi mengadakan lawatan di Lebuhraya Pan Borneo Pakej 03 laluan Serian ke Sri Aman, hari ini. Foto: Fiqri Razak (TVS)

Empat laluan LPB Sarawak terjejas banjir

ByAkma Salleh

SERIAN, 31 Jan: Empat lokasi dikenal pasti terjejas akibat bajir di sepanjang Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sarawak.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, ia melibatkan laluan Pakej 03 dari Serian ke Sri Aman, Seksyen Selangau, pusingan P di kilometer KM818 di Seksyen Simpang Bakun dan Pakej 11 di Seksyen Pujut berhampiran dengan Eastwood Golf & Country Club di KM938-940.

“Jadi ini lah empat lokasinya, paling teruk ialah di sini (Pakej 03 dari Serian ke Sri Aman) kerana limpahan dari air sungai berdekatan.

“Walaubagaimanapun, tiada keperluan untuk menutup jalan-jalan ini kerana ia masih boleh di lalui oleh kenderaan dan keselamatan serta keselesaan pengguna jalan raya di jamin kerana ada pegawai memantau di lokasi tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan di Lebuhraya Pan Borneo Pakej 03 laluan dari Serian ke Sri Aman, di sini, hari ini.

Sehubungan itu, Nanta merakamkan penghargaan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak atas tindakan segera membina jalan pintas selepas kejadian tanah runtuh yang bukan sahaja menunjukkan kecekapan mereka tetapi juga komitmen tinggi dalam menjaga keselamatan pengguna jalan raya.

“Seperti di kawasan saya iaitu di Sipan Temalat Song, mereka dengan segera menunjukkan kepada saya satu video yang setakat ini sudah ada jalan sementara. Malah saya juga difahamkan jalan tersebut akan dilengkapi dengan batu supaya ia tidak licin dan saya sendiri akan ke lokasi berkenaan esok hari,” ujarnya.

Semalam, Jalan Song/Sipan-Temalat ditutup kepada semua kenderaan berikutan kejadian tanah runtuh yang memutuskan hubungan jalan raya dari Kanowit ke Song.

Penutupan sementara itu dibuat bagi membolehkan pihak terbabit membuat lencongan untuk membuka laluan kepada kenderaan ringan.

Bagaimanapun, kenderaan berat tidak dibenarkan melalui jalan itu memandangkan keadaan struktur tanah yang tidak stabil dan tidak selamat di lokasi.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan