Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan isteri Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang ke menjamu selera dengan Pengerusi dan Pengasas ABM Fujiya Berhad, Datuk Dr Tay Chin Khin. Foto TVS

TBC: Abang Johari, isteri serikan rumah terbuka Pengasas ABM Fujiya Berhad

ByHaleyson Roland

KUCHING, 30 Jan: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta isteri Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang meneruskan kunjungan Tahun Baru Cina hari ini ke kediaman Pengerusi dan Pengasas ABM Fujiya Berhad, Datuk Dr Tay Chin Khin.

Turut mengiring, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti) Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Timbalan Menteri Pelancongan, Kreatif Industri dan Seni Persembahan II (Kreatif Industri dan Seni Persembahan) Datuk Snowdan Lawan dan Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Sarawak (SCCI) Dato Sri Abang Abdul Karim Tun Datuk Abang Openg.

Kehadiran Abang Johari, isteri serta tetamu kehormat

pada 2:30 petang disambut mesra oleh Chin Khin sekeluarga.

Kunjungannya petang ini bukan sahaja turut sama menyambut Tahun Baharu Cina tetapi juga mengeratkan hubungan antara pemimpin dalam memperkukuh ekonomi Sarawak.

Kunjungan Abang Johari itu menyaksikan komitmen beliau menjalinkan hubungan baik dengan para pemimpin di Sarawak bagi memajukan wilayah ini dalam semua sektor. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan