Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Dr. Au Yong bersama Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg merakam gambar kenangan pada sambutan Tahun Baharu Cina. Foto: Faitullah Morni (TVS)

TBC 2025: Premier Sarawak, isteri berkunjung ke kediaman Pengarah Urusan NMSC

KUCHING, 29 Jan: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, serta isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang, hari ini berkunjung ke kediaman Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Pusat Pakar Perubatan Normah (NMSC), Dato Dr. Au Yong Kien Hoe, bersempena sambutan Tahun Baharu Cina 2025.

Ketibaan Abang Johari dan isteri di kediaman Dr. Au di Jalan Tun Abang Haji Openg sekitar 1.35 petang tadi disambut mesra oleh tuan rumah dan ahli keluarganya.

Kunjungan tersebut merupakan sebahagian daripada tradisi tahunan dalam meraikan perayaan utama di Sarawak selaras dengan semangat perpaduan dan keharmonian kaum di wilayah ini.

Terdahulu, Abang Johari yang diiringi menteri Kabinet yang lain turut mengunjungi kediaman Pengarah Urusan Plaza Merdeka Holdings, Dato Steve Ng Thian Yew, sekitar tengah hari tadi.

Kunjungan mesra seperti ini mencerminkan komitmen Kerajaan Sarawak dalam memperkukuh hubungan erat antara pemimpin dan masyarakat pelbagai kaum serta sektor swasta.

Turut mengiring, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, serta Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi.

Kunjungan pemimpin tertinggi Sarawak ke kediaman tokoh-tokoh korporat sempena Tahun Baharu Cina bukan sahaja mengeratkan hubungan sosial tetapi juga menjadi platform untuk bertukar-tukar pandangan mengenai perkembangan ekonomi dan pembangunan negeri.

Selepas beramah mesra dengan Dr Au, Abang Johari serta isteri meninggalkan kediaman kira-kira 2.28 petang untuk berkunjung ke kediaman Presiden Dewan Perdagangan dan Perindustrian Cina Kuching (KCGCCI), Datuk Tan Jit Kee.

Sambutan Tahun Baharu Cina di Sarawak terus menjadi bukti bagaimana perpaduan dan kesefahaman antara kaum dapat diperkukuh melalui interaksi sosial dan amalan kunjung-mengunjungi, menjadikan wilayah ini contoh terbaik dalam meraikan kepelbagaian budaya di Malaysia. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan