Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Proses bekalan vaksin luar bandar giat diteruskan

ByKhairil Zharif Affindie

MIRI: Penghantaran bekalan vaksin ke kawasan luar bandar Miri, iaitu Long Liaw, masih diteruskan dengan pelbagai cara pengangkutan seperti menggunakan perahu dan helikopter.

Jawatankausa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menjalin kerjasama dengan pelbagai pihak dalam usaha membantu masyarakat luar bandar mendaftar untuk mendapatkan vaksinasi menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Langkah ini adalah pendekatan yang terbaik untuk mendidik penduduk pedalaman tentang kepentingan mendapatkan suntikan vaksin bagi melawan virus COVID-19.

Seramai 11 anggota bergerak pada jam 9.15 pagi Selasa untuk menghantar bekalan vaksin ke kawasan luar bandar.

Operasi penghantaran menggunakan khidmat helikopter itu tamat pada jam 2.15 petang.

Antara agensi yang terlibat adalah pihak Kementerian Kesihatan Malaysia, Pasukan Pejabat Daerah Beluru, dan beberapa anggota dari Pasukan Bomba dan Penyelamat Zon 6 Miri.

Salah satu cara pengangkutan dengan menggunakan perahu untuk menyeberangi sungai
Sumber : Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon 6 Miri

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan