Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Angka kematian akibat kebakaran hutan yang dahsyat di kawasan Los Angeles meningkat kepada 29, menurut agensi berita Jerman dpa. Foto fail AFP

Jumlah kematian akibat kebakaran hutan California meningkat kepada 29

ByBernama

BERLIN, 29 Jan: Angka kematian akibat kebakaran hutan yang dahsyat di kawasan Los Angeles meningkat kepada 29, menurut agensi berita Jerman dpa.

Seorang mangsa meninggal dunia di hospital hujung minggu lalu akibat kebakaran “Palisades” di pinggir barat Los Angeles, umum pejabat koroner pada malam Isnin.

Semua penduduk di daerah Pacific Palisades dibenarkan memasuki hartanah mereka buat kali pertama pada Isnin, selepas Datuk Bandar Los Angeles Karen Bass mengumumkannya di platform X.

Los Angeles Times melaporkan hujan dan salji yang dinanti-nantikan telah turun di kawasan pergunungan.

Ahli meteorologi Ryan Kittell memberitahu akhbar tersebut bahawa walaupun hujan yang turun tidak mencukupi untuk menamatkan musim kebakaran, ia “pasti memberikan kelegaan sementara” dalam situasi sekarang.

Pihak berkuasa sebelum ini memberi amaran mengenai kemungkinan banjir di kawasan itu kerana tanah kering tidak dapat menyerap air selepas tempoh kemarau yang panjang.

Media melaporkan beberapa jalan ditutup pada Isnin akibat banjir dan tanah runtuh, namun hujan paling lebat berlaku di kawasan laut.

Pihak berkuasa menyatakan kebakaran Palisades kini 95 peratus terkawal, manakala kebakaran Eaton, berhampiran bandar Pasadena, sudah 99 peratus terkawal.

Kedua-dua kebakaran itu telah memusnahkan lebih 16,000 bangunan dan memusnahkan kawasan seluas lebih 150 kilometer persegi sejak awal Januari.

Punca kebakaran masih belum diketahui. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan