BEIJING, 28 Jan: Pengeluaran minyak mentah dan gas asli China melebihi 400 juta tan setara pengeluaran minyak untuk pertama kalinya pada 2024, menurut Pentadbiran Tenaga Negara, seperti dilaporkan Xinhua.
Pengeluaran minyak mentah dan gas asli negara itu mencatatkan pertumbuhan tahunan yang kukuh melebihi 10 juta tan selama lapan tahun berturut-turut, menurut pentadbiran tersebut.
Pengeluaran minyak mentah mencecah 213 juta tan pada 2024, meningkat sebanyak 24 juta tan berbanding 2018, manakala pengeluaran gas asli mencecah 246.4 bilion meter padu, dengan peningkatan purata tahunan lebih daripada 13 bilion meter padu dalam tempoh enam tahun lalu.
Sumber luar pesisir dan bukan konvensional menjadi penyumbang utama kepada pertumbuhan pengeluaran. Sebagai contoh, pengeluaran minyak syal China melonjak kepada 6 juta tan pada 2024, mencatatkan peningkatan tahun ke tahun lebih 30 peratus.
Sementara itu, pengeluaran gas syal China terus kukuh, melebihi 25 bilion meter padu, menurut pentadbiran itu. – TVS