Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 6 Miri, Awangku Mohd Hazmin Awang Zainal pada tempat kejadian tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit Miri. Foto Faisal Rambli (TVS)

Tanah runtuh Miri: Mangsa meningkat kepada 270 orang

ByTasha Jenkins Likan Anak Siti

MIRI, 28 Jan: Mangsa tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit di sini meningkat kepada 270 orang iaitu dengan pertambahan 10 buah rumah lagi terjejas akibat tragedi itu.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 6 Miri, Awangku Mohd Hazmin Awang Zainal berkata, kesemua mangsa terbabit telah dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Suarah Miri, hari ini.

“Mangsa kini dipindahkan ke PPS yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Bencana Bahagian Miri iaitu di Dewan Suarah,” katanya ketika ditemui TVS hari ini.

Menurutnya, keadaan tanah runtuh tersebut semakin meruncing dan semua penduduk yang terlibat telah diarahkan untuk segera berpindah ke PPS.

Kawasan sekitar yang berisiko katanya turut diarahkan untuk berpindah bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

“Impak daripada pergerakan tanah ini dijangka akan menyebabkan 10 buah rumah lagi terlibat, menjadikan jumlah keseluruhan mangsa bertambah sekitar 100 orang,” katanya lagi.

Terdahulu pagi tadi seramai 168 mangsa telah direkodkan namun angka itu meningkat kepada 270 orang susulan penilaian terbaharu di lokasi kejadian. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan