Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pustaka Negeri Sarawak Miri menyediakan kemudahan khas untuk individu berkeperluan khas dikenali sebagai Ruang Sensori atau 'Sensory Space'.

Ruang Sensori untuk individu keperluan khas di Pustaka Negeri Sarawak Miri

ByTasha Jenkins Likan Anak Siti

MIRI, 28 Jan: Pustaka Negeri Sarawak Miri menyediakan kemudahan khas untuk individu berkeperluan khas dikenali sebagai Ruang Sensori atau ‘Sensory Space’.

Dilancarkan pada tahun 2022, ruang ini menawarkan pengalaman unik dengan pelbagai peralatan seperti Wooden Peg Board, Sensory and Balance Beam, Jumbo Lacing Beads, Montessori Wooden Pattern Puzzle dan lain-lain.

Ruang ini bertujuan merangsang deria melalui aktiviti melibatkan penglihatan, bunyi dan tekstur.

Ia juga mencerminkan komitmen Pustaka Negeri Sarawak untuk mewujudkan persekitaran inklusif bagi pembelajaran dan perkembangan tanpa batasan keupayaan.

Ibubapa, penjaga dan guru disarankan untuk bekerjasama dalam mencadangkan aktiviti tambahan agar lebih relevan dengan keperluan pengguna.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Pustaka Miri di talian 085-422525 atau mengikuti media sosial rasmi Pustaka Miri. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan