Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
PPS Rumah Steven Foto APM Tatau

Banjir Sarawak: Jumlah mangsa di PPS Tatau tidak berubah

KUCHING, 27 Jan: Seramai 34 mangsa banjir daripada 13 keluarga masih berlindung di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Rumah Steven di daerah Tatau, Sarawak, kerana keadaan bencana itu masih belum membolehkan mereka kembali ke kediaman masing-masing.

Menurut laporan terkini Sekretariat Jawatankuasa Bencana Sarawak, mangsa dari kawasan Sekolah Kebangsaan Kuala Muput telah dipindahkan ke PPS berkenaan sejak 23 Januari yang lalu.

Sekretariat itu turut melaporkan paras air yang meningkat di kawasan Uma Sambop Long Semutut di daerah Belaga serta di tiga buah rumah panjang di daerah Sebauh.

Sementara itu, di daerah Mukah, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah telah menghantar bantuan makanan kepada penduduk di Kampung Sitieng, yang terputus hubungan jalan raya akibat banjir kilat. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan