Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump Foto Bernama

Trump tegas kenakan tarif 25 peratus ke atas Mexico, Kanada

ByBernama

MOSCOW, 27 Jan:  Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump kekal bertegas untuk mengenakan tarif 25 peratus ke atas Mexico dan Kanada bermula 1 Feb, menurut laporan Sputnik/RIA Novosti yang memetik The Wall Street Journal (WSJ) pada Isnin.

Seorang pegawai kanan AS menjelaskan bahawa walaupun Mexico telah mengambil langkah untuk mengelakkan tarif import AS, seperti mengatur empat penerbangan pengusiran setiap hari, melaksanakan dasar untuk menghalang migrasi ke AS dan menempatkan pasukan di sepanjang sempadan utara, usaha ini mungkin masih belum mencukupi.

Trump dikatakan “sangat serius” dengan ancamannya dan mengharapkan kerjasama penuh daripada kedua-dua Mexico dan Kanada, kata pegawai itu kepada WSJ.

Seorang pegawai Kanada memberitahu akhbar itu bahawa Kanada telah cuba berunding dengan pentadbiran Trump, tetapi ramai pelantikan kabinet Trump, termasuk Howard Lutnick sebagai Setiausaha Perdagangan AS, masih belum disahkan. Pegawai itu menambah bahawa Kanada bersedia melaksanakan langkah balas jika tarif baharu AS diperkenalkan.

Sementara itu, seorang pegawai Mexico melahirkan rasa kecewa dengan kekurangan rundingan perdagangan dengan pentadbiran Trump. Pegawai itu menyatakan bahawa Menteri Luar Mexico Juan Ramon de la Fuente telah mengadakan perbualan telefon minggu lalu dengan Setiausaha Negara AS Marco Rubio untuk membincangkan isu migrasi dan keselamatan, tetapi isu perdagangan tidak disentuh dalam perbincangan tersebut.

Pada 20 Jan, Trump berkata beliau sedang mempertimbangkan untuk mengenakan tarif import 25 peratus ke atas Mexico dan Kanada bermula 1 Feb, menunaikan janjinya pada November lepas. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan