Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto fail AFP

Penduduk Palestin mula kembali ke utara Gaza

ByBernama

ANKARA, 27 Jan: Ribuan penduduk Palestin pada pagi Isnin mula kembali ke utara Semenanjung Gaza sebagai sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata antara Israel dan kumpulan Hamas Palestin yang berkuat kuasa pada 19 Jan, lapor Agensi Anadolu (AA).

Menurut saksi dan wartawan AA di lapangan, ribuan penduduk berjalan kaki menuju ke utara Gaza melalui Al-Rashid Street bermula 7 pagi waktu tempatan (0500 GMT).

Aktivis media sosial Palestin memuat naik rakaman orang ramai yang bersorak dan meraikan semasa mereka kembali ke kawasan masing-masing.

Pejabat media Gaza sebelum ini memaklumkan bahawa penduduk dibenarkan bergerak ke utara Gaza dengan berjalan kaki, bukan menggunakan kenderaan melalui jalan pantai itu bermula 7 pagi.

Selain itu, penduduk dari kawasan tengah dan selatan Gaza dibenarkan bergerak ke utara wilayah berkenaan menggunakan kenderaan melalui Salaheddin Sreet di timur Gaza, bermula 9 pagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan