Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis Terengganu berjaya mengutip RM131,450 bayaran saman tertunggak dalam tempoh lapan jam bermula 10 pagi hingga 6 petang semalam. Foto Bernama

Polis Terengganu kutip lebih RM100,000 saman tertunggak

ByBernama

KUALA TERENGGANU, 27 Jan: Polis Terengganu berjaya mengutip RM131,450 bayaran saman tertunggak dalam tempoh lapan jam bermula 10 pagi hingga 6 petang semalam.

Ketua Polis Terengganu Datuk Mohd Khairi Khairuddin berkata jumlah kutipan itu melibatkan penyelesaian 1,078 saman trafik selepas diberi diskaun 50 peratus sempena Kempen Keselamatan Jalan Raya Sambutan Tahun Baharu Cina 2025 di Dataran Shahbandar Kuala Terengganu.

Beliau berkata 434 daripada saman tersebut melibatkan notis PDRM (K) 257 berjumlah RM60,670 manakala bakinya bagi notis saman PDRM (K) 170 A berjumlah RM70,780.

“Kita telah membuka tiga perkhidmatan kaunter yang dikendalikan sembilan petugas sempena kempen keselamatan jalan raya semalam.

“Alhamdulillah, sambutan yang diterima daripada orang ramai amat menggalakkan. Masing-masing mengambil peluang membayar saman dengan kadar lebih rendah bagi mengelak kesukaran pada masa akan datang,” katanya dalam kenyataan hari ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan