Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anggota kumpulan One Nation Emcees, Nur Hasan Balas yang lebih dikenali sebagai Jojo meninggal dunia pada usia 50 tahun di Masjid Sri Petaling di sini pagi tadi. Foto Instagram @jojoefly

Jojo One Nation Emcees meninggal dunia hari terakhir dakwah

ByBernama

KUALA LUMPUR, 26 Jan: Anggota kumpulan One Nation Emcees, Nur Hasan Balas yang lebih dikenali sebagai Jojo meninggal dunia pada usia 50 tahun di Masjid Sri Petaling di sini pagi tadi.

Rakan Allahyarham dan bekas anggota kumpulan One Nation Emcees, Mimi Fly, berkata Jojo secara tiba-tiba rebah ketika menghadiri program dakwah di masjid berkenaan selepas bacaan doa penutup.

“Arwah sedang berdakwah selama 40 hari dan meninggal dunia pada hari terakhir. Memang manis pemergiannya dalam keadaan tenang,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Mimi, atau nama sebenarnya Amalina Norhisham, 37, berkata arwah pernah mengalami serangan jantung pada November lepas, namun tidak dapat dipastikan punca kematian.

Menurutnya, kali terakhir beliau berhubung dengan Allahyarham Jojo adalah tiga hari lepas menerusi panggilan telefon.

“Arwah bertanyakan khabar dan memberitahu rancangan untuk menjalankan perniagaan pakaian hari raya serta meminta bantuan Mimi, tetapi tiba-tiba adik angkat kami menelefon dan memaklumkan arwah sudah tiada.

“Kami memang sayangkan dia, dia orang yang baik,” katanya.

Beliau berkata jenazah Allahyarham dimandikan di masjid yang sama sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Jalil petang tadi.

“Isteri arwah memberitahu Jojo pernah berpesan untuk mengebumikan jenazahnya di tempat dia meninggal dunia kerana tidak mahu menyusahkan orang walaupun tinggal di Taiping,” katanya.

Allahyarham Jojo yang berasal dari Sandakan, Sabah, meninggalkan isteri, Siti Rohayu Saharudin, 38, dan seorang anak perempuan.

Difahamkan Allahyarham Jojo yang juga seorang bilal di Masjid Hanafi di Taiping, Perak, mula aktif bersama jemaah tabligh pada 2020 dan pernah diserang angin ahmar sebelum ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan