Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Setiausaha Politik Premier Sarawak, Susan Clement Ingun pada Majlis Ahli Parlimen Bersama Komuniti Anjuran JKKK Menalang Asal (A) Undop, di sini, baru- baru ini.

Program komuniti pemangkin utama kesejahteraan masyarakat

ByLuqman Muhammad

SRI AMAN, 26 Jan: Program komuniti penting sebagai pemangkin utama dalam memastikan kesejahteraan masyarakat setempat.

Ahli Parlimen Sri Aman Dato Sri Doris Sophia Brodie berkata, pelbagai aktiviti boleh dirangka menerusi program tersebut seperti ceramah, pemeriksaan kesihatan, pameran pendidikan dan peluang latihan teknikal.

Menurutnya, ia membuka ruang kepada masyarakat untuk mendapatkan ilmu dan manfaat yang boleh digunakan dalam kehidupan seharian.

“Pada pandangan saya, program seperti ini sangat penting kerana ia membuka peluang kepada komuniti untuk manfaat seperti kesedaran kesihatan, menyediakan pemeriksaan kesihatan, pemeriksaan gigi dan pendidikan mengenai bahaya rabies serta cara mencegahnya.

“Kemudiannya dari segi pendidikan, komuniti setempat dapat menambah ilmu pengetahuan daripada agensi terlibat termasuk peluang melanjutkan pelajaran.

“Bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi juga kemahiran praktikal dan teknikal bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang dapat memperkasa anak muda serta belia dalam meneruskan pengajian dalam bidang bersesuaian,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan yang dibacakan oleh Setiausaha Politik Premier Sarawak, Susan Clement Ingun pada Majlis Ahli Parlimen Bersama Komuniti anjuran JKKK Menalang Asal (A) Undop di sini, baru-baru ini.

Pada masa sama, Doris turut memuji kerjasama erat melibatkana agensi kerajaan, swasta dan masyarakat yang menjadi tulang belakang kepada penganjuran program tersebut.

“Program seperti ini sangat baik kerana ia membawa kesejahteraan kepada masyarakat serta membuka minda komuniti kepada lebih banyak peluang,” ujarnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan