Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
TFC ketika ini menduduki tangga keempat di belakang Sabah FC dengan 24 mata. Foto Terengganu FC (FB)

Ketumpulan penyudah punca TFC tewas

ByBernama

KUALA NERUS, 26 Jan: Ketumpulan penyudah menjadi punca kekalahan Terengganu FC (TFC) 0-1 di tangan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) malam tadi, kata ketua jurulatih skuad Penyu Badrul Afzan Razali.

Pengendali berusia 48 tahun itu amat kecewa dengan ketumpulan jentera hadapan yang tidak berhasil menjaringkan gol biarpun peluang sudah terhidang depan mata.

Beliau berkata anak buahnya bermain dengan penuh disiplin pada kedua-dua babak permainan namun gagal meraih sebarang mata di laman sendiri.

“Secara peribadi saya berpuas hati dan puji persembahan anak buah yang penuh disiplin dan bermain mengikut arahan.

“Tetapi, saya begitu kecewa apabila separuh masa pertama dan kedua kita dapat banyak peluang … jelas. Sekurang-kurangnya kita seri, tetapi itulah … berdepan JDT kita tidak boleh lakukan kesilapan begini (penyudah tumpul),” katanya selepas perlawanan menentang JDT di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) malam tadi.

Mengulas lanjut, Badrul Afzan berkata walaupun tidak berjaya mengutip sebarang mata, beliau percaya TFC masih di landasan betul dan berpeluang mengekalkan kedudukan di empat teratas liga musim ini.

“Kita akan cuba sehabis baik untuk mencapai sasaran berada dalam kelompok empat teratas liga. Kita masih ada baki lapan perlawanan, insya-Allah dengan skuad depth yang ada … kita optimis boleh capai sasaran,” katanya.

Sementara itu, pengendali skuad Harimau Selatan Hector Bidoglio berkata JDT akan meneruskan rentak kemenangan pada perlawanan seterusnya bagi memastikan gelaran juara Liga Super musim ini kekal milik pasukannya.

Dengan kemenangan malam tadi, JDT hanya memerlukan enam mata untuk meraih gelaran juara liga buat kali ke-11 berturut-turut.

TFC ketika ini menduduki tangga keempat di belakang Sabah FC dengan 24 mata. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan