Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
China telah menjadi pasaran runcit dalam talian terbesar dunia selama 12 tahun berturut-turut, dengan jumlah jualan runcit dalam talian mencecah 15.5 trilion yuan (kira-kira US$2.16 trilion) pada 2024. Foto hiasan Envato

China jadi pasaran runcit dalam talian terbesar dunia selama 12 tahun berturut-turut

ByBernama

BEIJING, 25 Jan: China telah menjadi pasaran runcit dalam talian terbesar dunia selama 12 tahun berturut-turut, dengan jumlah jualan runcit dalam talian mencecah 15.5 trilion yuan (kira-kira US$2.16 trilion) pada 2024, menurut Kementerian Perdagangan pada Jumaat, lapor Xinhua.

Industri borong dan runcit di China mencatat kemajuan stabil didorong oleh pelbagai dasar, menyediakan sokongan kukuh untuk merangsang permintaan domestik dan membentuk paradigma pembangunan baharu, kata Timbalan Menteri Perdagangan Sheng Qiuping pada sidang media.

Sheng berkata nilai tambah industri borong dan runcit mencecah 13.8 trilion yuan pada 2024, menyumbang 10.2 peratus daripada KDNK dan memainkan peranan penting dalam memperlancar peredaran, mencipta pekerjaan dan mengurangkan kos logistik.

Kementerian itu akan bekerjasama dengan jabatan berkaitan untuk memperkayakan dasar sokongan, melaksanakan langkah terperinci dan mempercepatkan promosi pembangunan berkualiti tinggi dalam industri borong dan runcit, untuk melancarkan lagi peredaran ekonomi negara, tambah Sheng. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan