Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke semasa Majlis Edaran Pek Cenderahati Sempena Tahun Baharu Cina di Kuala Lumpur Sentral di sini, hari ini. Foto Amiruddin (TVS)

Tahun Baharu Cina 2025: Kesemua tiket ETS habis dijual – Loke

ByHafeezzur Muzamir

KUALA LUMPUR, 25 Jan: Sebanyak 105,168 tiket yang ditawarkan oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bagi perkhidmatan Electric Train Service (ETS) sempena Tahun Baharu Cina 2025 telah habis dijual.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, bagi tren KTM Intercity melibatkan laluan Pantai Timur pula, sebanyak 33,831 daripada 43,120 tiket telah terjual.

Menurut Loke, kesemua tiket itu melibatkan perjalanan antara 24 Januari hingga 2 Februari 2025.

“Shuttle Tebrau sebanyak 75 peratus telah dijual sekaligus menyaksikan 90 peratus sudah dijual daripada 248,228 tiket.

“Pada tahun ini, KTMB juga telah memperkenalkan perjalanan tren khas pergi dan balik dari stesen KL Sentral ke Butterworth dengan menawarkan 396 tiket untuk setiap perjalanan yang mula dijual pada 21 Januari yang lalu.

“Untuk status jualan tiket tren khas ini, setakat ini sebanyak 466 tiket telahpun dijual,” katanya pada Majlis Edaran Pek Cenderahati Sempena Tahun Baharu Cina di Kuala Lumpur Sentral di sini, hari ini.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTMB, Datuk Mohd Rani Hisham Samsudin dan Pengarah Perbadanan Aset Keretapi, Datuk Jana Santhiran Muniayan.

Dalam pada itu, Loke berkata, seramai 302 anggota polis bantuan KTMB akan ditempatkan di semua stesen utama sepanjang Tahun Baharu Cina bagi menjaga keselamatan para penumpang.

“Kakitangan stesen juga bersedia untuk menerima pertambahan penumpang semasa musim perayaan ini dan akan menyantuni para penumpang untuk memastikan perjalanan mereka berjalan lancar terutama melibatkan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dan warga emas,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan