Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto Briged Tenggara PGA Rasmi (FB)

PGA tumpaskan sindiket seludup rokok bernilai RM1.7 juta di Kelantan

ByBernama

KOTA BHARU, 25 Jan: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menumpaskan sindiket penjualan rokok tidak bercukai dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM1.7 juta termasuk cukai menerusi tiga serbuan di Kota Bharu, Tumpat serta Tanah Merah pada semalam dan Khamis.

Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Aris Azhan Nik Ab Hamid berkata serbuan pertama pada 6 petang semalam di Kampung Jaya Setia Badang, Kota Bharu membawa kepada penahanan seorang lelaki berusia 61 tahun.

“PGA turut merampas 13 karton rokok jenama Saat. Suspek memaklumkan bahawa bekalan rokok diperoleh daripada adik iparnya yang berasal dari Thailand untuk dijual secara runcit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata hasil soal siasat terhadap suspek membawa kepada dua serbuan lain iaitu di pangkalan haram Pulau Tengkorak, Tumpat, dan kilang kayu lama di Tanah Merah.

Nik Ros Azhan berkata pada 5 pagi tadi, anggota PGA melakukan pemantauan menggunakan dron selama sejam di sekitar Pulau Tengkorak dan telah mengesan beberapa lelaki sedang memunggah kotak daripada sebuah bot ke tebing sungai.

“Anggota PGA segera ke lokasi, tetapi kumpulan lelaki itu sempat melarikan diri ke negara jiran menggunakan bot. Pemeriksaan di tebing sungai menemukan 57 kotak mengandungi 2,850 karton rokok jenama Tex dipercayai diseludup dari negara jiran,” katanya.

Sementara itu, serbuan di kilang kayu lama di Kampung Tok Che Dol dilakukan pada 6 pagi dan menemukan 1,750 karton rokok jenama Saat D-Blend yang disembunyikan di bawah kanvas.

“Dalam serbuan itu, seorang suspek melarikan diri ke kawasan semak berhampiran namun kami percaya kegiatan sindiket berkenaan berjaya dilumpuhkan,” katanya.

Semua rokok yang dirampas akan diserahkan kepada Jabatan Kastam untuk tindakan lanjut di bawah Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan