Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perlawanan Liga Super antara Kuching City FC dan Kedah Darul Aman FC (KDA) yang berlangsung di Stadium Negeri di sini malam ini, terpaksa ditunda ke tarikh baharu ekoran hujan lebat. Foto Nadim Bokhari (TVS)

Perlawanan Kuching City-Kedah ditunda akibat hujan lebat

ByBernama

KUCHING, 24 Jan: Perlawanan Liga Super antara Kuching City FC dan Kedah Darul Aman FC (KDA) yang berlangsung di Stadium Negeri di sini malam ini, terpaksa ditunda ke tarikh baharu ekoran hujan lebat.

Perlawanan yang bermula pada 8.15 malam itu dihentikan oleh pengadil Razlan Joffri Ali setelah kira-kira 15 minit permainan sebelum Komisioner Perlawanan Nizam Ahmad mengumumkan aksi perlu ditunda.

Hujan berterusan menyebabkan permukaan padang di stadium berkenaan berlecak.

Pihak Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dalam laman X memaklumkan perlawanan ditunda kepada tarikh baharu atas faktor keadaan padang yang tidak sesuai untuk beraksi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan