Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Majlis Anugerah Kecemerlangan Perancangan MIP 2024 di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur, hari ini. Foto TVS

PM cadang tenaga dari Sarawak disalur sehingga ke Filipina

ByHafeezzur Muzamir

KUALA LUMPUR, 24 Jan: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Filipina untuk memanfaatkan kelebihan dimiliki Sarawak sebagai hab tenaga untuk menyalurkannya sehingga ke Filipina melalui Sabah dan Ibu Kota Nusantara (IKN) di Kalimantan Timur.

Menurut Anwar, langkah ke arah itu memerlukan kerjasama semua pihak bagi menjayakannya.

“Kekuatan Sarawak yang menjadi hab tenaga dengan tahun ini negeri itu merancang mengeksport tenaga elektrik menerusi kabel dasar laut ke Singapura melalui Semenanjung Malaysia.

“Di sebelah selatan dari Sarawak ke Sabah, saya telah berbincang dengan rakan-rakan di Filipina supaya kekuatan dari Sarawak ke Sabah itu diteruskan ke IKN yang sekarang sudah dilancarkan sehinggalah ke Filipina,” katanya pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Perancangan MIP 2024 di sebuah hotel terkemuka di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Anwar berkata lawatan kerjanya ke Davos, Switzerland bagi menghadiri Sidang Kemuncak Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025 telah dimanfaatkan sebaik mungkin dalam membawa mesej mengenai ASEAN kepada pemimpin antarabangsa.

Jelasnya, pertemuan bersama pemimpin dunia dibuat bagi menerangkan kekuatan rantau ini bersesuaian dengan peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini.

“Saya bawa mesej ASEAN ini kerana rantau ini mempunyai 700 juta penduduk. Saya bicarakan soal grid tenaga ASEAN melibatkan Vietnam, Laos, Kemboja, Thailand, Malaysia Singapura, Filipina termasuk Sabah dan Sarawak,” katanya.

Untuk rekod, ini merupakan kali kelima Malaysia menjadi pengerusi ASEAN sepanjang sejarah keanggotaan dalam blok serantau itu iaitu pada 1977, 1997, 2005 dan 2015. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan