Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan. Foto Envato

Kilang senjata meletup di India, lapan pekerja maut

ByBernama

NEW DELHI, 24 Jan: Sekurang-kurangnya lapan pekerja dilaporkan maut dalam letupan di sebuah kilang senjata milik kerajaan di India pada pagi Jumaat.

Letupan berlaku di daerah Bhandara negeri Maharashtra, kira-kira 825 kilometer dari ibu kota Mumbai.

Seramai 14 pekerja bertugas di bahagian kilang tempat letupan berlaku dan terperangkap akibat bumbung runtuh, lapor media tempatan.

Sekurang-kurangnya enam orang ditarik keluar dari runtuhan, menurut laporan awal.

“Pasukan penyelamat dikerahkan ke lokasi kejadian. Semua usaha sedang dilakukan untuk memberikan bantuan kepada mereka yang terjejas,” kata Menteri Pertahanan India Rajnath Singh. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan