Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Coronavirus in world. Novel coronavirus 2019-nCoV. Concept of coronavirus with flag of Malaysia

COVID-19: 20,897 kes baharu hari ini – KP Kesihatan

KUALA LUMPUR, 31 Ogos : Kes harian COVID-19 dalam negara meningkat semula ke paras 20,000 hari ini apabila sebanyak 20,897 kes baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam lepas, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Semalam, kes harian menurun kepada 19,268 kes selepas merekodkan kes harian melebihi 20,000 kes selama enam hari sejak 24 Ogos dengan kes tertinggi 24,599 dicatat pada 26 Ogos.

Dr Noor Hisham menerusi hantaran di akaun Facebook rasmi berkata jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Malaysia kini adalah sebanyak 1,746,254 kes.

“Selangor mencatatkan jumlah kes tertinggi dengan 4,371 kes diikuti Sabah (2,594), Sarawak (2,285), Johor (2,159), Kedah (1,942) dan Pulau Pinang (1,732).

“Sementara Kelantan mencatatkan 1,479 kes, Perak (1,204), Kuala Lumpur (1,003), Pahang (798), Terengganu (608), Melaka (417) dan Negeri Sembilan (215),” katanya.

Tiga negeri lagi mencatatkan kes bawah 100 iaitu Perlis (64), Putrajaya (25) dan Labuan (satu).

— BERNAMA

Tags: #bm, COVID-19, kkm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan