Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Ketua Setiausaha (Perdagangan) MITI, Mastura Ahmad Mustafa dan Pengarah Kanan MITI, Dr Sugumari S. Shanmugam, antara delegasi SEOM yang ditemui pemberita di Wisma Bapa Malaysia. Foto kredit UKAS

MITI hargai sokongan padu Sarawak

ByRegina Lee

KUCHING, 24 Jan: Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menghargai sokongan padu Kerajaan Sarawak dalam menjayakan Mesyuarat Pegawai Kanan Ekonomi ASEAN Pertama untuk Mesyuarat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN Ke-56 (SEOM 1/56).

Timbalan Ketua Setiausaha (Perdagangan) MITI, Mastura Ahmad Mustafa berkata, SEOM menjadi pembuka tirai bagi siri perbincangan ASEAN yang menjurus kepada pengukuhan kerjasama ekonomi, pendigitalan dan pembangunan mampan di rantau ini.

“Dalam pertemuan kami bersama Premier Sarawak, beliau telah berkongsi fokus utama Kerajaan Sarawak pada masa ini iaitu tenaga boleh diperbaharui dan inisiatif dalam pendigitalan termasuk kecerdasan buatan (AI).

“Kami dapati hala tuju dan fokus Sarawak selari dengan apa yang dibincangkan di SEOM 1/56 kerana ASEAN kini turut memberi penekanan terhadap penggunaan tenaga hijau dan kesaksamaan ekonomi antara negara-negara anggota.

“Kami menghargai kerjasama Kerajaan Sarawak bersama MITI untuk mejadi tuan rumah SEOM tahun ini sempena kepengerusian Malaysia ASEAN 2025,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di sini, hari ini.

SEOM yang diadakan dari 18 hingga 24 Januari di Hotel Sheraton, Kuching menandakan permulaan penting dalam perancangan ASEAN bagi tahun 2025. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan