Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden Mexico Claudia Sheinbaum bercakap semasa sidang akhbar hariannya di Istana Negara di Mexico City pada 21 Januari 2025. Foto fail AFP

Mexico bersiap sedia hadapi program pengusiran besar-besaran Trump

ByBernama

MEXICO CITY, 24 Jan: Presiden Mexico Claudia Sheinbaum berkata pada Khamis, Mexico sedang merangka program pekerjaan untuk rakyat Mexico yang dijangka dihantar pulang susulan perintah eksekutif terkini Presiden Donald Trump, lapor Agensi Anadolu (AA).

Sheinbaum berkata pelan ekonomi pentadbirannya yang dirancang untuk merancakkan ekonomi Mexico turut bertujuan menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat Mexico yang mungkin terpaksa kembali dari Amerika Syarikat.

Sebagai sebahagian daripada inisiatif “Plan Mexico,” strategi Sheinbaum untuk memperkukuh sektor perindustrian negara itu mendapat sokongan daripada Majlis Penyelarasan Perniagaan – blok perniagaan terbesar di Mexico yang mewakili lebih 2,000 organisasi serta hampir 80 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) – yang telah berikrar untuk mewujudkan 35,000 peluang pekerjaan bagi rakyat Mexico yang kembali.

“Kami mempunyai hubungan yang sangat baik dengan Majlis Penyelarasan Perniagaan dan sentiasa berkomunikasi, baik dengan majlis yang dibentuk untuk Pelan Mexico mahupun dengan Majlis Penyelarasan Perniagaan secara amnya.

Kami berterima kasih atas tawaran mereka untuk menyediakan hampir 35,000 peluang pekerjaan bagi rakyat Mexico yang mungkin dihantar pulang dari Amerika Syarikat. Peluang ini meliputi pelbagai sektor, termasuk pembuatan,” kata Sheinbaum.

“Plan Mexico” merupakan tindak balas Sheinbaum terhadap cabaran yang timbul akibat dasar Trump. Inisiatif itu bertujuan meletakkan Mexico antara 10 ekonomi teratas dunia, meningkatkan pelaburan tahunan kepada lebih 25 peratus daripada KDNK, mewujudkan 1.5 juta peluang pekerjaan tambahan, dan memastikan sekurang-kurangnya 50 peratus barangan serta bekalan dibuat di Mexico.

Pengusiran di bawah dasar Trump tidak terhad kepada rakyat Mexico sahaja.

Sebagai negara transit, Mexico telah menempatkan pencari suaka daripada pelbagai kewarganegaraan, yang menimbulkan kebimbangan bahawa jutaan pendatang boleh dihimpit ke wilayah Mexico. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan