Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penyiasat memeriksa tempat kejadian di luar stesen kereta api JR Nagano selepas seorang lelaki menikam tiga orang di perhentian bas di bandar Nagano, kira-kira 225 kilometer (140 batu) barat laut Tokyo pada 22 Januari 2025. Foto AFP

Beberapa orang ditikam di stesen keretapi di tengah Jepun, seorang tidak sedarkan diri

ByBernama

NAGANO (Jepun), 23 Jan: Beberapa orang ditikam pada petang Rabu di sebuah stesen kereta api yang merupakan hab pengangkutan ke kawasan ski, terletak di tengah Jepun.

Kejadian menyebabkan seorang lelaki tidak sedarkan diri, sementara suspek lelaki melarikan diri dari tempat kejadian, lapor Kyodo News memetik polis tempatan.

Polis dimaklumkan mengenai kejadian yang berlaku kira-kira 8 malam waktu tempatan di Stesen JR Nagano, dengan sekurang-kurangnya seorang mangsa mengesahkan tidak mengenali penyerang itu.

Menurut saksi, suspek yang dipercayai membawa objek tajam, berbadan kurus dengan ketinggian antara 165 hingga 175 sentimeter dan dipercayai berusia sekitar 40-an. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan