Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ratusan orang dipindahkan selepas sebahagian sebuah bangunan runtuh di tapak pembinaan di Sydney, ibu negeri New South Wales (NSW), Australia Foto news.com.au

Ratusan dipindahkan selepas sebahagian bangunan runtuh di Sydney

ByBernama

SYDNEY, 22 Jan: Ratusan orang dipindahkan selepas sebahagian sebuah bangunan runtuh di tapak pembinaan di Sydney, ibu negeri New South Wales (NSW), Australia, lapor Xinhua.

Rangkaian berita 9News Australia melaporkan perkhidmatan kecemasan telah dikejarkan ke sebuah tapak di kawasan Burwood, kira-kira 10 kilometer di barat pusat bandar Sydney, selepas sebuah bangunan 10 tingkat yang dijadualkan untuk dirobohkan sebahagiannya runtuh ke atas sebuah jengkaut kira-kira 3 petang waktu tempatan, Rabu.

Pekerja dan penduduk di bangunan bersebelahan telah dipindahkan sebagai langkah berjaga-jaga.

Pemandu jengkaut kemudiannya berjaya keluar tetapi telah diarahkan untuk kekal di dalam jentera itu bagi membantu menstabilkan struktur. Laporan awal pasukan kecemasan sebelum ini menyatakan lelaki itu terperangkap.

Josh Turner daripada Bomba dan Penyelamat NSW memberitahu rangkaian 9News bahawa pemandu jengkaut berada di dalam kabin tertutup dan tidak berisiko mengalami kecederaan.

Beliau berkata terdapat risiko bangunan itu boleh runtuh ke atas jalan raya dan mencederakan orang ramai.

Pasukan khas telah dikerahkan ke lokasi untuk menguruskan bahagian bangunan yang runtuh dengan selamat. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan