Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tiga individu didakwa di dua Mahkamah Majistret di sini hari ini berkaitan kes bunuh seorang wanita di hadapan sebuah kuil di Skudai. Foto hiasan Envato

Tiga individu didakwa berkaitan kes bunuh wanita di Skudai

ByBernama

JOHOR BAHRU, 22 Jan: Tiga individu didakwa di dua Mahkamah Majistret di sini hari ini berkaitan kes bunuh seorang wanita di hadapan sebuah kuil di Skudai.

Soo Siau Soon, 31, didakwa membunuh Tian How Khee, 42, di hadapan Kuil Dewa Sri Maha Mariaman, Batu 8 1/2 Skudai, di sini pada 12.50 tengah malam, 1 Dis tahun lepas.

Lelaki itu didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun, tetapi tidak melebihi 40 tahun dan sekiranya tidak dijatuhkan hukuman mati, hendaklah juga dikenakan sebatan tidak lebih 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Majistret Hidayatul Syuhada Shamsudin menetapkan 6 Mac untuk sebutan semula kes bagi serahan laporan kimia dan laporan bedah siasat.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Aishah Latif manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Di mahkamah berasingan, Heng Tang Lee, 48, dan Susila Chinasamy, 45, didakwa bersubahat menyebabkan kematian Tian di lokasi, masa dan tarikh sama mengikut Seksyen 109 dan 302 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Heng mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan, iaitu membuang bahan bukti sebilah gunting bagi mengelakkan Soo daripada hukuman undang-undang, serta memiliki senjata api, iaitu pistol tanpa lesen senjata.

Dia dituduh melakukan kedua-dua perbuatan terbabit di kawasan paya Taman Tampoi Utama di sini pada 15 Jan lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 201 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak lebih tujuh tahun dan hendaklah juga dikenakan denda dan Seksyen 8(a) Akta Senjata Api 1960 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 8 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih tujuh tahun atau denda hingga RM10,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Majistret A. Shaarmini menetapkan sebutan semula kes pada 19 Mac.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nik Noratini Nik Azman manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan