KUALA LUMPUR, 21 Jan: PERNAS International Franchise Festival (PIFF) 2025 yang kali pertama dianjurkan menyasarkan nilai jualan serta potensi perniagaan keseluruhan mencecah RM12 juta.
Pengerusi Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS), Datuk Hazimah Zainuddin berkata, PIFF selama tiga hari bermula 7 Februari depan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur itu juga menyasarkan kehadiran lebih 30,000 pengunjung tempatan dan antarabangsa.
Kaya beliau bagi penganjuran kali pertama festival, PERNAS memfokuskan untuk mempromosikan industri industri kopi di negara ini berkembang lebih pesat dalam perniagaan jenis francais.
“Kita turut mempunyai 19 reruai antarabangsa dari Jerman, China, Taiwan, Thailand, Indonesia dan Vietnam yang sertai PIFF.
“Secara keseluruhan terdapat 68 jenama kopi yang akan terlibat selain penyertaan agensi kerajaan dan agensi keselamatan yang menjadikan keseluruhan sebanyak 119 unit reruai dibuka sepanjang PIFF 2025,” katanya.
Beliqu berkata demikian pada sidang media selepas hadir Majlis Hi-Tea PERNAS bersama media sempena penganjuran festival berkenaan.
Sementara itu Hazimah menambah sasaran RM12 juta ditetapkan turut merangkumi padanan perniagaan,jualan mesin kopi serta serbuk kopi.
PERNAS turut memaklumkan penganjuran festival berkenaan akan diteruskan pada tahun depan dengan memberi fokus kepada cabang perniagaan fesyen, perkhidmatan dan kesihatan terlibat dalam industri francais. – TVS.