Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bekas Ahli Parlimen Lubok Antu, Datuk William Nyalau Badak meninggal dunia pada usia 74 tahun akibat kegagalan jantung di Pusat Jantung Sarawak di Kota Samarahan semalam.

Bekas Ahli Parlimen Lubok Antu, Datuk William Nyalau Badak meninggal dunia

BySuara Sarawak

KUCHING, 21 Jan: Bekas Ahli Parlimen Lubok Antu, Datuk William Nyalau Badak meninggal dunia pada usia 74 tahun akibat kegagalan jantung di Pusat Jantung Sarawak di Kota Samarahan semalam.

Ahli Parlimen dua penggal dari tahun 2008 hingga 2018 itu dilahirkan pada 22 Julai 1951.

Beliau juga merupakan bekas pegawai daerah dan hakim Mahkamah Adat sebelum menceburi politik melalui platform Parti Rakyat Sarawak (PRS).

Kemudian beliau menyertai Parti Sarawak Bersatu (PSB) selepas dipecat oleh kepimpinan PRS pada 23 April 2018.

Nyalau juga bertanding menggunakan tiket PSB di Batang Ai pada Pilihan Raya Negeri 2021 dalam pertandingan empat penjuru.

Kerusi tersebut akhirnya dimenangi oleh calon GPS, Datuk Malcolm Mussen Lamoh yang merupakan ahli PRS.

Beliau kemudiannya keluar dari PSB pada 8 November 2022 dan menyatakan kesetiaannya kepada gabungan pemerintah negeri, Gabungan Parti Sarawak (GPS). -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan