Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil pada Selasa susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan. Foto Faitullah Morni (TVS)

Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil susulan operasi BNM

ByBernama

KUALA LUMPUR, 21 Jan: Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil pada Selasa susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan berjumlah RM29.78 bilion dalam sistem konvensional manakala dana Islam berjumlah RM18.85 bilion.

Pada hari ini, bank pusat itu akan menawarkan dua tender repo berbalik merangkumi tender RM2 bilion selama tujuh hari dan tender RM1 bilion bagi tempoh 90 hari.

BNM akan turut menjalankan dua tender repo berbalik Islam iaitu tender RM370 juta untuk tujuh hari, tender RM350 juta selama 90 hari serta tender repo berbalik semalaman RM1 bilion bagi sehari.

Selain itu, bank pusat mengumumkan ketersediaan kemudahan repo berbalik, perjanjian jual dan belian semula dan Komoditi Bercagar Murabahah untuk tempoh seminggu, sebulan dan tiga bulan.

Pada jam 4 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM33.8 bilion dan RM19.6 bilion dalam tender semalaman Murabahah. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan