Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mohamed Khaled hadir pada Majlis Hi Tea Veteran ATM di ibu negara hari ini. Foto, Firdaus Ismail (TVS).

Syarikat korporat diminta hargai jasa veteran ATM

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 20 Jan: Syarikat korporat diminta turut bersama kerajaan untuk memberi sumbangan kepada veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi memastikan kebajikan mereka terjamin.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ini kerana kemakmuran yang dinikmati oleh negara hari ini sehingga membolehkan perniagaan dan ekonomi berkembang adalah hasil pengorbanan veteran ATM.

“Kemakmuran serta kejayaan yang dinikmati oleh syarikat secara tidak langsung merupakan hasil daripada pengorbanan yang dicurahkan oleh veteran ATM yang melaksanakan tugas mereka (dahulu sehingga) negara ini aman dan selamat.

“Apabila negara aman dan selamat, maka kita semua dapat mengurus kehidupan (dan perniagaan sehingga) dengan baik,” katanya ketika berucap pada Majlis Hi Tea Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM di ibu negara di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari.

Sementara itu Mohamed Khaled memaklumkan kenaikan bantuan sara hidup daripada RM300 kepada RM500 sebulan oleh kerajan kepada semua veteran tidak berpencen berumur 60 tahun mulai Disember 2024 telah memanfaatkan seramai 24, 578 orang sehingga Januari 2025.

“Inisiatif berkenaan juga dijangka akan dinikmati seramai 27,000 veteran tidak berpencen dalam kumpulan berkenaan sehingga akhir tahun ini,” katanya.

Pada masa sama kata beliau, Elaun Layanan Sentiasa juga telah dinaikkan kepada RM1,500 sebulan berbanding RM440 sebelum ini yang selaras dengan Perintah Gaji Minimum 2022. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan