Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang hanya membenarkan 30 peratus daripada 935 pegawai dan anggotanya bercuti sempena sambutan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi. Foto fail Bernama

Hanya 30 peratus anggota bomba P. Pinang dibenarkan cuti Tahun Baharu Cina

ByBernama

BUKIT MERTAJAM, 20 Jan: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang hanya membenarkan 30 peratus daripada 935 pegawai dan anggotanya bercuti sempena sambutan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.

Pengarah JBPM negeri Mohamad Shoki Hamzah berkata anggota selebihnya iaitu 655 orang akan bertugas seperti biasa sebagai persediaan menghadapi sebarang kes kecemasan yang dijangka meningkat ketika musim perayaan.

“Tempoh pelaksanaan Ops Raya bersempena Tahun Baharu Cina bermula 28 Jan hingga 2 Feb dan jumlah anggota yang ditugaskan adalah mencukupi.

“Berdasarkan pengalaman lepas, statistik menunjukkan kes kebakaran dan kemalangan jalan raya sering bertambah semasa musim perayaan dan JBPM negeri sudah melakukan persediaan sewajarnya,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Kempen Keselamatan Kebakaran dan Pelancaran Ops Raya sempena Tahun Baharu Cina di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Juru arah selatan di sini hari ini.

Majlis itu disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa negeri H’ng Mooi Lye.

Mohamad Shoki berkata sebanyak 15 anggota bersama jentera termasuk sebuah Fire Rescue Tender (FRT), sebuah ambulans serta tiga buah Rapid Intervention Motorcycle (RIM) ditempatkan di Plaza Tol Sungai Dua sepanjang tempoh operasi itu bagi memberikan bantuan segera.

“Di samping itu, kita turut mengadakan kempen lain terutama pemeriksaan bangunan serta keselamatan di air memandangkan sekarang musim cuti sekolah,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan