Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mohamad Hamsan, 65, meninggal dunia di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu pada 11.20 malam tadi dan selamat dikebumikan pada 11.30 pagi tadi. Foto Bernama

Jaga agama, selalu berbuat baik, pesan Mohamad Hamsan kepada anak-anak

ByBernama

SANDAKAN, 20 Jan: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga Datuk Mohamad Hamsan Awang Supain semasa hayatnya sering mengingatkan anak-anak agar sentiasa menjaga agama, terutamanya dalam menunaikan solat.

Anak sulungnya, Nurhafizah Fatin Mohamad Hamsan, 32, berkata Allahyarham juga seorang yang sangat mementingkan pendidikan dan mahu melihat anak-anak berjaya dalam bidang diceburi.

“Arwah juga sering mengingatkan kami untuk sentiasa bersedekah walaupun sedikit dan selalu berbuat baik kepada semua termasuk mudah memaafkan orang,” katanya kepada pemberita selepas selesai pengebumian Allahyarham di  Tanah Perkuburan Bintang Baru, Rancangan Sungai Manila di sini hari ini.

Nurhafizah Fatin, mewakili keluarganya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu melancarkan urusan pengebumian Allahyarham, yang meninggal dunia di Kota Kinabalu sebelum dikebumikan di sini.

Sementara itu, ADUN Gum-Gum Arunarnsin Taib dari parti Warisan menyifatkan Allahyarham yang dikenalinya sejak lebih 20 tahun lepas, sebagai seorang abang meskipun mereka berbeza fahaman politik.

“Allahyarham seorang yang disenangi ramai kerana sikapnya yang suka membantu ramai orang,” katanya yang turut mengiringi perjalanan akhir Allahyarham.

ADUN Sungai Manila, Datuk Mokran Ingkat, turut merasakan kehilangan besar kerana Allahyarham banyak membantu masyarakat Sandakan, bahkan sebelum bergelar ADUN.

Sebelum menjadi ADUN, Allahyarham pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Majlis Perbandaran Sandakan, dan sikapnya yang mudah membantu orang ramai sudah terserlah sejak itu.

“Allahyarham mudah didekati, tidak banyak kerenah, tekun bekerja, dan banyak menyumbang kepada masyarakat,” katanya.

Mohamad Hamsan, 65, meninggal dunia di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu pada 11.20 malam tadi dan selamat dikebumikan pada 11.30 pagi tadi.

Allahyarham yang juga Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah sebelum ini mendapatkan rawatan akibat komplikasi beberapa penyakit antaranya melibatkan buah pinggang.

Pada Pilihan Raya Negeri Sabah Ke-16 pada 2020, Mohamad Hamsan yang mewakili Barisan Nasional (BN) menang saingan lima penjuru kerusi Dewan Undangan Negeri  (DUN) Sungai Sibuga dengan majoriti 1,538 undi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan