Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengundang secara rasmi Indonesia untuk menyertai Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2025. Foto Kementerian Pertahanan (FB)

Malaysia pelawa Indonesia sertai LIMA 2025

ByBernama

KUALA LUMPUR, 20 Jan: Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengundang secara rasmi Indonesia untuk menyertai Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2025.

Kementerian Pertahanan menerusi kenyataan memaklumkan undangan itu dizahirkan selepas pertemuan Mohamed Khaled dengan rakan sejawatnya dari Indonesia Sjafrie Sjamsoeddin dan delegasi yang mengadakan kunjungan hormat di Wisma Pertahanan di sini hari ini.

“(Jemputan itu) sekali gus mengulangi dedikasi kedua-dua negara untuk memperkukuh hubungan pertahanan melalui pelaksanaan inisiatif di peringkat dua hala dan pelbagai hala.

“Sementara kunjungan hormat ini bukti komitmen tidak berbelah bahagi antara kedua-dua negara dalam memupuk kerjasama kukuh demi keamanan dan kestabilan serantau,” menurut kenyataan itu.

Edisi ke-17 LIMA 2025 akan diadakan pada 20 hingga 24 Mei di Pulau Langkawi.

Pertemuan itu juga mencerminkan hubungan erat yang telah terjalin antara Malaysia dan Indonesia melalui hubungan diplomatik serta kerjasama pertahanan kedua-dua negara.

“Semasa pertemuan itu, kedua-dua menteri bertukar-tukar pandangan, terutamanya berkaitan perspektif pertahanan dan keselamatan serantau serta melibatkan Kepengerusian ASEAN 2025.

“Turut dibincangkan Jawatankuasa Sempadan Am Malaysia-Indonesia Ke-44 (GBC MALINDO Ke-44) yang dijadualkan berlangsung di Malaysia pada tahun ini dalam menangani cabaran keselamatan serantau secara kolektif,” menurut kenyataan itu.

Mohamed Khaled juga mengucapkan tahniah kepada Sjafrie Sjamsoeddin atas pelantikan sebagai Menteri Pertahanan Indonesia dan menyatakan keyakinan terhadap kemakmuran berterusan Indonesia di bawah kepimpinan Presiden Prabowo Subianto.

Terdahulu, sesi kunjungan hormat itu dimulakan dengan Pemeriksaan Kawalan Kehormatan Utama (KKU) daripada Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (Istiadat) dengan kekuatan tiga pegawai dan 109 anggota yang diketuai Mejar Muhammad Akmal Hakim Sabarudin. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan