Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Sarawak harus ada Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin Dan Keselamatan (ICQS) setaraf negara jiran

ByNur Suhaida Muliyono

BAU, 31 Ogos: Sarawak harus setanding Indonesia yang mempunyai Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin Dan Keselamatan (ICQS) dengan ciri-ciri moden berbanding yang terdapat di Malaysia ketika ini.

Demikian menurut Ahli Dewan Undangan Negeri Tasik Biru, Datuk Henry Harry Jinep.

Beliau melahirkan rasa kagum melihat Kompleks ICQS yang sedang dibina oleh Kerajaan Indonesia di sepanjang sempadan Malaysia-Indonesia.

“Dari apa yang saya lihat, mereka (Kerajaan Indonesia) memandang serius terhadap pembinaan kompleks ini dengan pembangunan yang mempunyai ciri-ciri moden berbanding yang terdapat di Malaysia ketika ini.

“Oleh itu, saya berharap negara (Malaysia) akan membangun setaraf bahkan lebih baik daripada mereka,” katanya.

Pelan lokasi. Foto: Datuk Henry Harry Jinep

Henry tidak menafikan ICQS yang kini sedang dibina di Jagoi Babang, Kalimantan Barat dan berjiran dengan Kampung Serikin itu kelihatan hebat dan bertaraf tinggi.

Walaubagaimanapun beliau berharap agar kerajaan pusat melihat dan mengambil contoh usaha Kerajaan Indonesia

“Hal ini kerana ICQS mencerminkan imej sesebuah negara yang menjadi kebanggaan nasional selain menitikberatkan keselamatannya.

“Kompleks ICQS Indonesia di Jagoi Babang akan dilengkapi dengan banyak kemudahan, seperti yang kita lihat di Entikong, Kalimantan Barat yang kini beroperasi sepenuhnya,” jelasnya lagi.

Dengan pembangunan Kompleks ICQS di Jagoi Babang, Henry berharap Kampung Serikin di Bau juga akan memiliki kompleks yang setanding dengan negara jiran.

Henry menambah, kawasan tapak pembinaan Kompleks ICQS di Serikin telah dibersihkan dan tawaran tender akan dibuka tidak lama lagi.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan