Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga Datuk Mohamad Hamsan Awang Supain Foto Media sosial

ADUN Sungai Sibuga meninggal dunia

ByBernama

KOTA KINABALU, 20 Jan: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga Datuk Mohamad Hamsan Awang Supain meninggal dunia di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu pada 11.20 malam tadi.

Berahim Nasip yang juga ipar kepada Allahyarham mengesahkan pemergian Mohamad Hamsan, 65, bagaimanapun punca kematian masih belum dapat disahkan.

“Jenazah sedang dibawa ke rumah Allahyarham di Taman Kong Lok, Sandakan sebelum dibawa ke Masjid Pangiran di Batu 7.

“Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bintang Baru, Rancangan Sungai Manila sebelum solat Zuhur,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan yang juga Pembantu Menteri Kewangan II itu sebelum ini mendapatkan rawatan akibat komplikasi beberapa penyakit antaranya melibatkan buah pinggang.

Pada Pilihan Raya Negeri Sabah Ke 16 pada 2020, Mohamad Hamsan mewakili Barisan Nasional menang saingan lima penjuru kerusi Dewan Undangan Negeri Sungai Sibuga dengan majoriti 1,538 undi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan