Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Parlimen Batang Lupar, Mohammad Shafizan Kepli diiringi oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Norazah Awang Sohor semasa merasmikan Program Berkhatan Percuma Sunathon Perdana 2025 di Sekolah Kebangsaan (SK) Lela Pahlawan. Foto UKAS

Sunathon Perdana 2025 Lingga: 150 peserta sertai Program Berkhatan Percuma

LINGGA, 19 Jan: Program Berkhatan Percuma Sunathon Perdana 2025 anjuran Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Lingga berjaya menarik penyertaan seramai 150 peserta dari Daerah Lingga dan Sri Aman.

Program ini berlangsung meriah di Sekolah Kebangsaan (SK) Lela Pahlawan dirasmikan oleh Ahli Parlimen Batang Lupar, Mohammad Shafizan Kepli diiringi oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Norazah Awang Sohor.

Program kali kedua ini dianjurkan bagi memberi peluang kepada penduduk luar bandar menikmati perkhidmatan percuma, sekali gus meringankan beban mereka yang berdepan kos tinggi di klinik swasta.

Dayang Norazah semasa berucap melahirkan rasa syukur atas sokongan padu pelbagai pihak yang memastikan kelancaran program.

Beliau turut menasihati ibu bapa agar mematuhi jadual hospital untuk memastikan kelancaran proses.

Sementara itu, Mohammad Shafizan pula memuji semangat perpaduan masyarakat setempat yang ditunjukkan melalui penglibatan peserta daripada pelbagai latar belakang agama.

Selain memberi manfaat kesihatan, program ini turut memberi penerangan kepada peserta mengenai kepentingan berkhatan melalui taklimat khas oleh pihak hospital.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Pegawai Daerah Lingga Frank Lani, Pegawai Khas Premier Sarawak Dato Bujang Helmi, Pengarah Hospital Sri Aman Dr Hazwani Mohd Yusop dan Temenggung Mohamad Syah Achang.

Program Sunathon Perdana 2025 di Lingga ini menegaskan komitmen kerajaan dan pemimpin tempatan untuk menjaga kesejahteraan rakyat luar bandar, sambil terus memperkukuhkan perpaduan komuniti. -EDISI UKAS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan