Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Naib Yang Dipertua Kanan PBB, Datuk Seri Fadillah Yusof berucap pada Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan Cawangan-Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Zon Selatan 2025, di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), di sini, hari ini. Foto TVS

Abang Johari seorang yang berani dan berpandangan jauh – Fadillah

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 19 Jan: Pucuk kepimpinan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang diketuai Yang Dipertua Parti PBB, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berjaya menjadikan Sarawak sebagai negeri yang diiktiraf bukan sahaja di dalam negara, malah di peringkat dunia.

Naib Yang Dipertua Kanan PBB, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, Abang Johari bertindak berani dengan menubuhkan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan turut membuktikan keputusan yang dibuatnya adalah tepat serta sesuai dengan senario politik semasa.

“Fakta dan nombor tidak akan menipu. Sarawak mencatat pencapaian luar biasa di bawah kepimpinan Premier kita yang menerajui Kerajaan pimpinan GPS. Pendapatan Sarawak meningkat daripada RM5.6 bilion pada 2017 kepada angka luar biasa RM14.2 bilion tahun lalu.

“Dalam hanya 8 tahun memimpin Sarawak, Abang Johari berjaya melonjakkan pendapatan dan ekonomi Sarawak, sehingga Bank Dunia memperakui kejayaan kita, dengan mengiktiraf Sarawak sebagai wilayah berpendapatan tinggi, lebih awal daripada sasaran 2030,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan Cawangan-Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Zon Selatan 2025, di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), di sini, hari ini.

Jelas Fadillah yang juga Timbalan Perdana Menteri, di bawah kepimpinan Abang Johari, Sarawak juga berjaya menarik pelaburan bernilai RM21.5 bilion yang diluluskan antara 2021 hingga 2023, sekali gus mewujudkan ribuan peluang pekerjaan baharu.

“Ini turut membuktikan keberkesanan cetusan idea bernas Abang Johari dalam merencanakan Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 (PCDS) 2030, yang telah berjaya memacu pembangunan dan ekonomi Sarawak.

“Beliau juga cekal dalam memperjuangkan hak Sarawak dan apa yang termaktub di dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) terutamanya dalam isu pengagihan gas antara Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) dengan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS),” ujarnya.

Fadillah menambah, kejayaan demi kejayaan telah dicatatkan termasuk pembelian saham terbesar dalam Affin Bank Berhad, pengambilalihan Pelabuhan Bintulu daripada Kerajaan Persekutuan dan menubuhkan syarikat penerbangan sendiri. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan