Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Kerajaan India siasat kematian misteri di Kashmir

ByBernama

NEW DELHI, 18 Jan: Kerajaan persekutuan India pada Sabtu mengarahkan pembentukan pasukan antara kementerian untuk menyiasat kematian misteri di sebuah kampung di Kashmir yang dikuasai India, kata pegawai.

Arahan untuk membentuk pasukan itu dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri Amit Shah.

Sekurang-kurangnya 16 orang maut akibat penyakit misteri sejak 43 hari lalu di kampung Budhal di daerah Rajouri, kira-kira 243 km ke selatan Srinagar.

Orang ramai mengadu demam, sakit, loya dan tidak sedarkan diri sebelum meninggal dunia beberapa hari selepas dimasukkan ke hospital.

Seorang kanak-kanak yang dimasukkan ke hospital masih dalam keadaan kritikal.

“Pasukan itu akan terdiri daripada pakar-pakar dari Kementerian Kesihatan dan Kesejahteraan Keluarga, Kementerian Pertanian, Kementerian Kimia dan Baja serta Kementerian Sumber Air.

Ia juga akan dibantu oleh pakar-pakar dari penternakan haiwan, keselamatan makanan dan makmal sains forensik,” menurut kenyataan kementerian dalam negeri.

Pasukan itu akan melawat kampung terjejas untuk memastikan punca kematian.

Pada Khamis, kerajaan tempatan Kashmir yang dikuasai India berkata ujian dan sampel secara empirikal menunjukkan bahawa insiden itu bukan disebabkan oleh penyakit berjangkit yang berpunca daripada bakteria atau virus.

Bagaimanapun, ia berkata analisis toksikologi mengesan toksin dalam pelbagai spesimen biologi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan