Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jumlah mangsa banjir di SABAH kekal 1,054 mangsa daripada 355 keluarga pagi ini. Foto Media sosial

Jumlah mangsa banjir di Sabah kekal 1,054 orang pagi ini

ByBernama

KOTA KINABALU, 19 Jan: Jumlah mangsa banjir di SABAH kekal 1,054 mangsa daripada 355 keluarga pagi ini.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan seramai 993 mangsa daripada 338 keluarga ditempatkan di tujuh PPS di Pitas, manakala 61 mangsa daripada 17 keluarga di Paitan kekal berlindung di tiga PPS.

“Tiada hujan turun pagi ini di daerah Pitas dan Paitan,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Pitas Asdi@Mohd Faizal Hussin memaklumkan keadaan cuaca semakin baik dan 15 jalan di daerah itu sudah boleh dilalui semua jenis kenderaan.

“Hanya Jalan Kampung Kusilad yang masih terjejas akibat banjir di kawasan itu,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan