Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Onn Hafiz Ghazi, Datuk Seri Fadillah Yusof dan Datuk Seri Tiong King Sing melancarkan gimik perasmian The ASEAN Tourism Forum (ATF) 2025. Foto TVS

Transformasi digital dan kelestarian jadi fokus utama ASEAN

ByMuqri Aziz

JOHOR BAHRU, 19 Jan: Negara-negara anggota ASEAN perlu memperkukuhkan kedudukan rantau ini sebagai destinasi utama dunia dan hab inovasi dengan merapatkan jurang infrastruktur digital dalam kalangan negara anggota.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, Pelan Induk Digital ASEAN 2025 dan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital (DEFA) merupakan langkah penting ke arah integrasi serantau dalam bidang seperti pembayaran rentas sempadan, keselamatan siber, kemahiran digital, mobiliti bakat, dan teknologi baharu seperti kecerdasan buatan (AI).

“Dengan ekonomi digital ASEAN dijangka meningkat tiga kali ganda daripada kira-kira USD 300 juta kepada hampir USD 1 trilion menjelang tahun 2030, penggunaan teknologi digital yang lebih meluas serta rangka kerja pengawalseliaan yang harmonis dijangka menggandakan sumbangan nilai ini, membuka potensi lebih daripada USD 2 trilion kepada ekonomi digital ASEAN dan memberi manfaat kepada semua sektor utama di rantau ini termasuk pelancongan dan perjalanan.

“ASEAN mesti mengutamakan pelaburan berkualiti yang mempelbagaikan destinasi, mengagihkan semula aliran pelancong, dan memanfaatkan teknologi untuk mengurangkan tekanan di kawasan tumpuan sedia ada dan dengan cara ini, ASEAN dapat memposisikan dirinya sebagai platform penting untuk mempromosikan pertumbuhan pelancongan yang inklusif dan seimbang di rantau ini,” katanya.

Datuk Seri Fadillah Yusof berucap pada Majlis Perasmian The ASEAN Tourism (ATF) 20205 di Persada Johor International Convention Centre. Foto TVS

Beliau berucap merasmikan The ASEAN Tourism Forum (ATF) 20205 di Persada Johor International Convention Centre di sini malam tadi.

Turut hadir sama Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi serta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing Serta Menteri-Menteri Pelancongan ASEAN dan Timor-Leste.

Selain transformasi digital, isu kelestarian turut menjadi perhatian utama.

Fadillah menyeru negara-negara ASEAN memperkenalkan inisiatif seperti pelancongan berasaskan komuniti dan regeneratif kerana ia bukan sahaja menjaga ekosistem malah memberi manfaat langsung kepada komuniti setempat.

Beliau turut menekankan bahawa kerjasama serantau adalah elemen penting untuk membina industri pelancongan yang mampan, inklusif dan berdaya tahan.

ATF 2025, yang berlangsung dari 15 hingga 20 Januari, bertujuan mempromosikan produk pelancongan serantau, memudahkan pertukaran pengetahuan dan mengukuhkan hubungan dengan pemimpin industri pelancongan global. Forum ini juga diharapkan dapat meningkatkan bilangan pelancong ke ASEAN.

Terdahulu, Fadillah menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Kerajaan Malaysia dan Korea Selatan mengenai kerjasama dalam bidang pelancongan.

MoU tersebut ditandatangani oleh Tiong dan Menteri Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan Korea Selatan, Yu Inchon. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan