MARUDI, 18 Jan: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Marudi telah menjalankan rondaan pemantauan di kawasan rendah berisiko banjir di sini pada Jumaat.
Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan lokasi terlibat sususlan berada di kawasan rendah adalah Rh Poyut dan. Rh Sungai Dabai.
Menurutnya kawasan rendah yang ditenggelami air berpunca dari limpahan air yang mengalir dari parit serta anak sungai berdekatan namun masih boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan.Ā
āKeadaan ini berkemungkinan akan menjadi lebih teruk sekiranya hujan lebat berterusan serta air pasang kerana aliran anak sungai tidak dapat menampung dan juga banyak kawasan yang telah dinaiki air,ā katanya dalam laporan hari ini.
Difahamkan pemantauan sebanyak 22 buah pintu bahagian belakang ruangan dapur Rh. Sungai Dabai telah dinaiki air dari malam tadiĀ namun keadaan masih lagi terkawal.
Setakat berita ini ditulis tiada permohonan bantuan pemindahan diterima dari penduduk dan penduduk dinasihatkan agar sentiasa peka dengan keadaan semasa.