Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Vaksin Cansino, Sinovac bagi enam negeri belum capai 50 peratus kadar vaksinasi – Dr Adham

KUALA LUMPUR, 30 Julai : Vaksin dos tunggal CanSino dan Sinovac akan digunakan bagi meningkatkan vaksinasi di enam negeri yang masih mempunyai kadar vaksinasi populasi dewasa lengkap kurang daripada 50 peratus.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Datuk Seri Dr Adham Baba berkata Malaysia membeli 3.5 juta dos vaksin CanSino dengan kumpulan pertama 200,000 dos berkenaan telah diterima dan diedar ke negeri-negeri yang kadar vaksinasi rendah.

Katanya 300,000 dos CanSino akan diterima bulan depan bagi mempercepatkan proses mencapai imuniti kelompok.

“Vaksin CanSino ini boleh digunakan untuk kawasan yang sukar diakses, tempat terpencil dan bagi penduduk kawasan yang sukar mendapatkan dua dos,” katanya selepas lawatan kerja pertamanya ke kilang isi dan selesai Solution Biologics Sdn Bhd (SolBio) bagi vaksin Convidicea CanSino di Bukit Jalil hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam memberikan tempoh sehingga akhir bulan depan kepada Kementerian Kesihatan (KKM) dan MOSTI memastikan enam negeri mencapai kadar vaksinasi COVID-19 melebihi 50 peratus pada akhir bulan depan.

Setakat semalam, enam negeri yang mencatatkan vaksinasi kurang daripada 50 peratus itu adalah Perak (46.9 peratus), Terengganu (46.8 peratus), Johor (46.1 peratus), Kedah (44.2 peratus), Kelantan (43.9 peratus) dan Sabah (38 peratus).

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan