Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seramai 107 PATI dari lima negara telah dipindahkan dari Depot Imigresen Langkap untuk dihantar pulang ke negara asal pada Rabu. Foto Imigresen Perak

Imigresen menghantar pulang 107 pendatang tanpa izin ke negara asal

ByBernama

IPOH, 17 Jan: Sebanyak 107 pendatang tanpa izin dari pelbagai negara yang ditempatkan di Depot Imigresen, Langkap telah dihantar pulang ke negara asal masing-masing semalam.

Pengarah Imigresen Perak Meor Hezbullah Meor Abd Malik berkata mereka terdiri daripada 77 lelaki, 27 wanita dan tiga kanak-kanak berusia lingkungan 1 hingga 57 tahun dengan penghantaran dilakukan melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.

Beliau berkata pendatang dari Indonesia, Vietnam, Pakistan, India dan Bangladesh itu juga disenaraihitamkan dari memasuki Malaysia.

“Kesemua yang dihantar pulang telah menyelesaikan bayaran kompaun atau menjalani hukuman denda serta penjara seperti ditetapkan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Meor Hezbullah berkata pihaknya menahan 16 pendatang tanpa izin di tujuh lokasi berasingan sekitar daerah Batang Padang melalui operasi penguatkuasaan bersepadu pada 15 Jan.

Beliau berkata mereka terdiri daripada 11 lelaki, tiga wanita dan dua kanak-kanak perempuan yang merupakan warga Indonesia, Pakistan, Myanmar dan Kemboja.

“Kesemuanya ditahan di Depot Imigresen Ipoh di bawah Seksyen 51(5)(b) Akta Imigresen 1959/63 bagi siasatan lanjut kerana memasuki Malaysia tanpa permit sah,” katanya sambil mengingatkan tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang menggaji, menyembunyi atau melindungi pendatang tanpa izin. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan