Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis kini giat mengesan penunggang motosikal yang disyaki terbabit dalam kemalangan di lampu isyarat JKR Putatan yang menyebabkan seorang warganegara China meninggal dunia pada Rabu lepas.

Polis kesan suspek penunggang motosikal terlibat dalam kemalangan maut

PENAMPANG, 15 Jan: Polis kini giat mengesan penunggang motosikal yang disyaki terbabit dalam kemalangan di lampu isyarat JKR Putatan yang menyebabkan seorang warganegara China meninggal dunia pada Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton berkata mangsa, lelaki berumur 50 tahun, sedang berjalan kaki hendak melintas jalan menuju arah Pan Borneo ke arah Supermarket Servay Putatan.

“Mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu akibat pendarahan di kepala,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, pihaknya menerima maklumat mengenai kemalangan itu pada kira-kira 1.30 pagi.

Polis meminta kerjasama orang awam atau saksi kejadian untuk tampil memberikan maklumat bagi membantu siasatan dan mengesan suspek penunggang motosikal terbabit.

Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat, Inspektor Saparia Ladoni di nombor telefon 019-8095133.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan